Khamis, 16 Februari 2012

FERTIGASI 4 DALAM 1

PENGENALAN FERTIGASI 
Tanaman Sistem Fertigasi
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation  salah satu daripada komponen chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi(chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.
Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan renjis atau lain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain dalam teknik chemigation. 
KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI
  • Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertumbuhan pokok dan hasilnya tinggi
  • Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
  • Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg.
  • Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
  • Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal.
  • Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik.
  • Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
  • Hasil lebih tahan lama dan rasa yang lebih enak.
  • Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.
SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1
Pernahkah anda dengar mengenai sistem fertigasi 4 dalam 1? Mungkin kedengaran agak luar biasa bagi sesiapa yang baru menceburi bidang pertanian,terutamanya kaedah sistem fertigasi kerana sistem fertigasi bukan lagi perkara asing lagi di Malaysia tetapi ternyata bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah suatu inovasi baru dalam mempelbagaikan sistem fertigasi.
Tetapi percayakah anda bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda? Ya, memang benar. 
APAKAH SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1?
Sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah satu langkah untuk memaksimumkan penggunaan ladang dan dalam masa yang sama mendapatkan hasil yang tinggi serta keuntungan yang lumayan dimana 4 jenis tanaman ditanam dalam satu kawasan yang sama melalui teknik atau kaedah yang berbeza. Selain dari itu :-
  • Tanaman secara tergantung
  • Tanaman atas tanah
  • Tanaman antara batas dan
  • Tanaman dalam polibeg
1.   Tanaman Secara Tergantung
Tanaman secara tergantung ialah tanaman dalam polibeg yang digantung pada para rumah lindungan dan jarak gantungan antara polibeg ialah 3 kaki.Media tanaman yang digunakan sama seperti media fertigasi biasa samada cocoapeat,peatmoss dan lain-lain. Semua jenis tanaman sesuai ditanam melalui keadah tergantung ini.
2.  Tanaman Atas Batas
Tanaman atas batas merupakan tanaman kaedah konvensional yang diterap ke dalam sistem fertigasi 4 dalam 1 ini yang mana batas dibina dibawah rumah lindungan hujan dan media dari polibeg yang telah digunakan boleh dikitar semula dengan mencampurkan media ke batas.
3.  Tanaman Antara Batas
Tanaman antara batas ialah tanaman diantara batas-batas yang dibina dan tanaman yang biasa ditanam ialah tanaman sampingan seperti kunyit.
4.  Tanaman Dalam Polibeg
Tanaman dalam polibeg seperti mana kaedah fertigasi yang biasa dan polibeg diatur ditepi kiri dan kanan batas untuk memaximumkan penggunaan tanah ladang.
Secara tidak langsung,dengan cara ini kita ibarat memperolehi hasil bersamaan 4 ekar ladang dengan cuma menanaman di ladang seluas 1ekar! Bukankah ini sesuatu yang menarik untuk diceburi?
KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1
  • Menanam 4 jenis tanaman dari family yang berbeza.
  • Hasil tuaian sama seperti 4 ekar ladang untuk keluasan 1 ekar ladang.
  • Penggunaan baja yang efisyen dan jimat kerana air lebihan baja dari pokok tergantung semasa pembajaan akan mengalir ke tanaman atas batas.
  • Penggunaan tanah yang maximum. Secara tidak langsung akan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
  • Penjimatan dari segi penggunaan racun serangga dan penyakit yang berpunca dari tanah kerana tanaman tergantung berada pada paras 3 kaki dari tanah.
  • Kerja-kerja pembajaan dan kawalan racun lebih mudah dijalankan.
  • Pengeluaran hasil sistem fertigasi tergantung lebih tinggi berbanding sistem fertigasi biasa.
Sumber: http://fertigasi3dalam1.blogspot.com/



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan