Khamis, 16 Februari 2012

TANAMAN TEBU JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Oleh AZMAN MD. NOOR
usahawan tebu
Usaha gadis ini menukar tanah sawah terbiar dengan menanam tebu kini membuka mata banyak pihak di kampungnya di Baling, Kedah.

Deretan tanaman tebu yang menghiasi hampir satu hektar di kawasan bendang terbiar di Kampung Tiak, Kupang, Baling, Kedah telah melenyapkan sama sekali status kawasan itu yang selama ini ditumbuhi hutan liar.
Selama ini tiada siapa yang bersedia membanting tulang sekalipun kawasan bendang terbiar ini subur dan menerima apa jua benih yang ditabur atau ditanam.
Melihat akan potensi dan masa depan tanah yang terbentang luas berhampiran rumah, seorang gadis sanggup mengetepikan perasaan malu dengan menjadikan tebu sebagai tanaman pilihan.
Tindakannya itu akhirnya, membuka mata penduduk kampung yang selama ini tidak menyangka berbudi pada tanah sebenarnya mampu mendapat pulangan lumayan.
Wan Hamidahton Wan Ishak, 24, lulusan diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan ini mengambil langkah berani dengan menyewa tanah dan menjadikan tanaman tebu jenis Morris sebagai tanaman pilihan.
Langkah gadis ini pada mulanya mungkin dianggap penduduk kampung sebagai satu angan-angan atau sekadar mencuba, namun anak keempat daripada tujuh beradik ini membuktikan segalanya boleh dilakukan.
Ternyata Wan Hamidahton tidak kekok ketika memegang cangkul, malah kebolehannya memandu sendiri jentera pembajak membuktikan dia begitu teruja untuk terjun ke bidang ini.
Tanah milik penduduk kampung yang selama ini terbiar membuka mata Wan Hamidahton untuk memajukannya secara komersial di Kampung Tiak, Kupang ini.
Menceritakan pengalaman awalnya, gadis ini berkata, apabila kembali ke kampung dua tahun lalu dia begitu sedih apabila melihat banyak tanah sawah terbiar yang menjadi semak samun kerana pemiliknya tidak lagi berminat untuk mengusahakan sawah.
Mungkin fikirnya anak muda sepertinya tidak lagi berminat dengan kerja kotor pada anggapan mereka sehingga timbul perasaan ingin menceburi secara bersungguh-sungguh.
Hasrat murni gadis ini untuk turun ke tanah membanting tulang bagaikan seiring dengan cita-cita bapanya, Wan Ishak Wan Ibrahim, 56, yang lantas berjaya menghidu niat baik anak gadisnya ini.
Berbekalkan modal sendiri Wan Hamidahton dan bapanya menanam sebanyak 3,000 pokok tebu sebagai permulaan sehinggalah lapan bulan kemudian hasilnya menguja kedua-dua beranak ini.
Sekalipun usaha gadis ini berjaya, dia yang tidak dibantu oleh pihak tertentu tidak berasa kecewa kerana sedar mungkin pihak berkenaan mahu melihat sejauh mana kebolehan petani muda sepertinya bergerak sendiri.
“Setakat ini, belum ada mana-mana pihak membantu tetapi saya sedar sebagai orang baru kita kena hidup dan berikhtiar sendiri,’’ katanya.
Kesungguhannya turun ke ladang tebu seawal pagi untuk menjenguk pokok tebu terutama bagi mengelak tanaman ini diserang musuh jelas menunjukkan dirinya semakin meminati dunia pertanian yang diceburinya.
Rutin harian anak gadis ini ialah membersih kawasan tanaman tebunya dengan sesekali membuang daun-daun kering dan memeriksa batang pokok tebu kalau-kalau ia diserang penyakit.
Menurut Wan Halimahton, ketika mula-mula menanam tebu dia banyak belajar daripada bapanya termasuk dalam memilih tebu bermutu untuk dijadikan benih.
Katanya, pada mulanya dia menjangkakan agak sukar untuk menjaga tanaman ini kerana sebelum ini dia tidak pernah menjalani apa jua kursus atau latihan mengenai tanaman itu.
“Selepas menceburinya saya dapat rasakan pengalaman terlibat dalam bidang pertanian cukup puas,” katanya.
Tambahnya, tebu akan matang antara lapan hingga sembilan bulan bergantung kepada keperluan baja dan penjagaan.
Setiap kali tebu mencapai tahap matang Wan Halimahton berkata, antara satu hingga dua tan tebu dapat ditebang sebelum dijual kepada peraih.
Bagi semusim dia dapat menebang sehingga 18 tan tebu jenis Morris. Selain jenis Morris, terdapat juga tebu hitam yang ditanam di ladang tebu milik gadis ini.
Namun anak gadis yang bercita-cita menjadi jurutera pertanian ini yakin tebu kuning jenis Morris ini berpotensi besar sekiranya ditanam secara komersial.
“Tebu jenis ini agak besar dan airnya cukup manis dan tahan penyakit,” ujarnya.
Wan Hamidahton berkata, tebu yang ada di ladangnya itu bakal ditebang tidak lama lagi dan selepas itu tebu Morris akan mengambil tempat menghiasi ladangnya.
Bagi membuktikan bekalan dan permintaan yang tinggi terhadap tanaman ini, petani muda ini telah bersedia untuk menyewa lagi kawasan tanah sawah terbiar untuk ditanam dengan tebu.
Setakat ini, tebu yang dihasilkan oleh gadis ini hanya mampu menampung pasaran tempatan termasuk sehingga ke Pulau Pinang.
Pun begitu Wan Hamidahton dan bapanya, juga menanam tebu secara berperingkat-peringkat bagi mengelak kehabisan bekalan terutama menjelang bulan Ramadan ini.
Mengenai harga tebu, dia yakin harga tanaman ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Ketika ini Wan Hamidah berkata, dia menjual tebu dengan harga RM0.50 sekilogram iaitu melebihi RM500 bagi setiap tan.
“Biarpun nampak murah namun tebu jenis Morris agak menarik kerana mutunya cukup baik,” ujarnya.
Gadis yang tidak lokek dengan senyuman ini ternyata puas dengan usahanya untuk memperluaskan lagi tanaman tebu jika mendapat kawasan tanah yang luas.
“Insya-Allah kami sedang bergerak ke arah itu dan akan menyewa tanah lagi bagi memajukan lagi bidang ini,” akuinya.
Bagi Wan Ishak kesungguhan anaknya terlibat dalam bidang ini sungguh melegakannya kerana dia yakin bidang ini cukup berpotensi besar, malah penyertaan Wan Halimahton boleh membuka era baru dalam tanaman tebu khususnya pertanian yang dianggap perniagaan yang menguntungkan.
Suami kepada Hindon Abdullah, 54, ini mahu menjadikan anak gadisnya contoh kepada anak-anak kampung terutama wanita kerana tanah terbiar yang luas masih menanti mereka.
Sekalipun digelar gadis tebu, Wan Halimahton sedar umur seusianya perlu menongkah masa untuk bangkit memajukan bidang pertanian kerana bidang ini semakin terserlah dan menjadi keutamaan kerajaan.
Technorati Tags:



































TANAMAN POKOK MORINGA ATAU KELOR

Pernah dengar namanya?
image
pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera.
Daun kelor merupakan makanan kegemaran kedua ibubapa, nenek dan kebanyakan orang-orang tua bagi masayarakat kami (Melayu Bugis). Cara masakannnya biasanya disediakan seperti memasak sup sayur tetapi tidak menggunakan rempah dan boleh dicampur dengan sayuran lain (seperti terung, kacang panjang, kacang hijau atau beberapa jenis kekacang, jagung, buah labu, buah kelor dan daun kemangi).
Ia sangat sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema dan bagi mereka yang ingin berdiet serta bagi menambah air susu ibu. Bagi masyarakat filipina (kebetulan saya mempunyai sahabat yang berketurunan bisaya & tagalog) mereka juga mempunyai hidangan yang hampir sama dan menurut mereka sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit dan peredaran darah. Ia juga sangat lazat dicampur dengan bubur nasi terutamanya bubur jagung atau ditumis (tetapi rasanya agak sedikit pelik).”
Menurutnya, kegunaan lain pokok kelor ini ialah:
Menguruskan Badan. Akar pokok kelor boleh direbus dan dikatakan dapat dijadikan herba bagi menguruskan badan. Menurut mereka ia sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya dikatakan sukar untuk menambah berat badan semula. Sejauhmana kebenarannya saya kurang pasti.
Khasiat untuk mata. Caranya ialah menggunakan perahan daun kelor dan dititiskan ke mata. Biasanya ia diberikan kepada seorang kanak-kanak. Ia agak menakutkan sedikit kerana mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.
Mencantikkan kulit. Caranya ialah menambahkan akar kayu kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian. Ketika kecil saya pernah menggunakannya (campuran beras, kunyit hidup, akar kelor dll) untuk mandi dan ternyata ia dapat melicinkan kulit yang dapat dirasai sehingga 3 hari.

Technorati Tags: ,




TERNAKAN BELANGKAS

Darah belangkas RM17,500 seliter Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
Berita Harian, 2 Jul 2007
Belangkas
KOTA BHARU: Harga darah belangkas yang mencecah RM17,500 seliter ekoran permintaan tinggi oleh industri farmaseutikal dunia, mendorong pengembangan usaha memelihara hidupan akuakultur itu di negeri ini.
Pengerusi Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Berhad (KIDIKB), Datuk Dr Ilias Hussain, berkata KIDIKB akan mewujudkan sebuah makmal pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta pemasaran belangkas.
Katanya, makmal dengan kos kira-kira RM10 juta itu akan turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama dalam bidang R&D.
"Belangkas mempunyai potensi pasaran besar terutama dalam bidang perubatan menerusi pengambilan darahnya yang bernilai tinggi, mencapai harga RM17,500 seliter.
"Ekoran itu, kita berusaha mengembangkan usaha ini menerusi penyediaan sebuah makmal serta kerjasama dengan UMT bagi membolehkan produk belangkas dipasarkan pada masa depan," katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KIDIKB dengan UMT yang disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, di sini, semalam.
Pada majlis itu, UMT diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Ilias mewakili KIDIKB. Menerusi kerjasama itu, UMT akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.
Bagi penghasilan di Sabah dan Sarawak, pengusaha memerlukan 45 ekor bagi menghasilkan satu liter
darah, manakala di Semenanjung memerlukan 115 ekor belangkas bagi jumlah darah sama.
Ketika ini, belangkas liar dijual pada harga RM5 seekor dan dua daripada tiga spesies belangkas yang ada di dunia, mudah ditemui di sekitar perairan negara ini.
Kajian UMT setakat ini mendapati darah biru pada belangkas di negara ini mempunyai bahan bioaktif yang boleh digunakan bagi mengesan bakteria berbahaya, tetapi potensi itu memerlukan kajian lanjut.
Ilias berkata, berdasarkan perkembangan itu, industri belangkas mampu menjadi sumber pendapatan sampingan lumayan kepada nelayan yang terbabit dengannya.
Katanya, pada peringkat permulaan, kira-kira 500 nelayan sekitar pantai Kelantan seperti Bachok dan Tok Bali terbabit dalam ternakan belangkas dengan masing-masing menternak 500 ekor.
"Mereka terbabit dalam industri ini dijangka menikmati pulangan minimum sehingga RM1,200 sebulan bagi setiap musim penuaian,” katanya.
“Setiap peserta akan diberi 500 ekor belangkas untuk dipelihara. Selain nilai komersial daripada segi perniagaan, projek ini secara tidak langsung membantu golongan memerlukan ini menambah pendapatan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya.

Penternakan Burung Layang-layang

Pengenalan Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.
Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon.
Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.
Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder :
Apomorphae Order :
Apodiformes Family :
Apodidae Sub Family :
Apodenae Tribes :
Collacaliini Genera :
Collacalia Species :
Collacaliafuciphaga
Hasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan.
Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Perladangan Burung Layang-Layang. Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.
Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab.
Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-
* Penutupan pintu dan tingkap
* Pembinaan lubang pengudaraan
* Penyediaan pintu masuk
* Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
* Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
* Memasang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux.
Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.
Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap.
Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.
Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
* Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
* Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
* Penyediaan beluti untuk burung bersarang
* Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
* Pemasangan sistem audio
* Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat.
Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.
Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.
CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan.
Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi.
Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.
Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:
* Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
* Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
* Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
* Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit.
Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak.
Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang.
Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.
MATERIAL SOKONGAN
Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Audio Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet. Penyukat Suhu & Kelembapan Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.
Sarang Tiruan Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru.
Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.
MUSUH DAN CABARAN
Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya.
Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet ·
Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Burung Hantu dan Helang - Memakan burung layang-layang.
Tangkap dan pindahkan Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya.
Setelah itu semut disiram dengan air panas. Cicak dan Tokek Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet. ditutup. ·
Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan
PELABURAN DAN PULANGAN
Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40′x60′ persegi setinggi 3 tingkat:
Harta Tetap Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000
Anggaran Hasil Sarang burung (minima)
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000
*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.
Tuaian Hasil Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil.
Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan.
Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit.
Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.
Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.
Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.


























































































Ternak burung unta lumayan

Burung Unta
BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang.
Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi.
Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu.
Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang.
Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri.
Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara.
Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama.
Baka burung unta
Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African Black juga dikenali sebagai burung untaOudtshoorn.
Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia.
Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.
Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan.
Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha.
Sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks.
Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah.
Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit.
Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.
Sifat burung unta
Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia.
Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan.
Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari.
Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.
Pembiakan
Pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.
Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan.
Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun.
Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman, tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari.
Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai.
Pengurusan
Pengurusan bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas.
Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar).
Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta.
Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan.
Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust.
Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana.
Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi.
Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut.
Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka.
Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna.
Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka.
Kawalan dan Kesihatan
Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh.
Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini.
Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung.
Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.

Technorati Tags:













































FERTIGASI 4 DALAM 1

PENGENALAN FERTIGASI 
Tanaman Sistem Fertigasi
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation  salah satu daripada komponen chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi(chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.
Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan renjis atau lain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain dalam teknik chemigation. 
KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI
  • Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertumbuhan pokok dan hasilnya tinggi
  • Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
  • Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg.
  • Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
  • Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal.
  • Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik.
  • Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
  • Hasil lebih tahan lama dan rasa yang lebih enak.
  • Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.
SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1
Pernahkah anda dengar mengenai sistem fertigasi 4 dalam 1? Mungkin kedengaran agak luar biasa bagi sesiapa yang baru menceburi bidang pertanian,terutamanya kaedah sistem fertigasi kerana sistem fertigasi bukan lagi perkara asing lagi di Malaysia tetapi ternyata bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah suatu inovasi baru dalam mempelbagaikan sistem fertigasi.
Tetapi percayakah anda bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda? Ya, memang benar. 
APAKAH SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1?
Sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah satu langkah untuk memaksimumkan penggunaan ladang dan dalam masa yang sama mendapatkan hasil yang tinggi serta keuntungan yang lumayan dimana 4 jenis tanaman ditanam dalam satu kawasan yang sama melalui teknik atau kaedah yang berbeza. Selain dari itu :-
  • Tanaman secara tergantung
  • Tanaman atas tanah
  • Tanaman antara batas dan
  • Tanaman dalam polibeg
1.   Tanaman Secara Tergantung
Tanaman secara tergantung ialah tanaman dalam polibeg yang digantung pada para rumah lindungan dan jarak gantungan antara polibeg ialah 3 kaki.Media tanaman yang digunakan sama seperti media fertigasi biasa samada cocoapeat,peatmoss dan lain-lain. Semua jenis tanaman sesuai ditanam melalui keadah tergantung ini.
2.  Tanaman Atas Batas
Tanaman atas batas merupakan tanaman kaedah konvensional yang diterap ke dalam sistem fertigasi 4 dalam 1 ini yang mana batas dibina dibawah rumah lindungan hujan dan media dari polibeg yang telah digunakan boleh dikitar semula dengan mencampurkan media ke batas.
3.  Tanaman Antara Batas
Tanaman antara batas ialah tanaman diantara batas-batas yang dibina dan tanaman yang biasa ditanam ialah tanaman sampingan seperti kunyit.
4.  Tanaman Dalam Polibeg
Tanaman dalam polibeg seperti mana kaedah fertigasi yang biasa dan polibeg diatur ditepi kiri dan kanan batas untuk memaximumkan penggunaan tanah ladang.
Secara tidak langsung,dengan cara ini kita ibarat memperolehi hasil bersamaan 4 ekar ladang dengan cuma menanaman di ladang seluas 1ekar! Bukankah ini sesuatu yang menarik untuk diceburi?
KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1
  • Menanam 4 jenis tanaman dari family yang berbeza.
  • Hasil tuaian sama seperti 4 ekar ladang untuk keluasan 1 ekar ladang.
  • Penggunaan baja yang efisyen dan jimat kerana air lebihan baja dari pokok tergantung semasa pembajaan akan mengalir ke tanaman atas batas.
  • Penggunaan tanah yang maximum. Secara tidak langsung akan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
  • Penjimatan dari segi penggunaan racun serangga dan penyakit yang berpunca dari tanah kerana tanaman tergantung berada pada paras 3 kaki dari tanah.
  • Kerja-kerja pembajaan dan kawalan racun lebih mudah dijalankan.
  • Pengeluaran hasil sistem fertigasi tergantung lebih tinggi berbanding sistem fertigasi biasa.
Sumber: http://fertigasi3dalam1.blogspot.com/



















TANAMAN STEVIA

FAKTA RINGKAS STEVIA.
Daun Stevia
APA ITU STEVIA?
"Ia dikatakan boleh mengantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi"
  • Produk yang berasaskan dari sejenis daun yang digelar stevia, sebagai pemanis daripada spesis rebaudiana.
  • Stevia merupakan salah satu 240 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).
  • Stevia bukan sahaja pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.
SEJARAH STEVIA.
  • Daun stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
  • Ia mula digunakan di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu.
  • Orang Indian Guarani (kaum pribumu Paraguay) telah mengenali kelebihan dan keunikan "KAA he-he" (istilah asli yang diterjemahkan sebagai "ramuan manis") berabad-abad sebelum penjajah-penjajah dari dunia lama (Eropah) datang meneroka benua Latin Amerika (Dunia Baru) kerana mencari harta dan kekayaan baru.
  • Di Eropah kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke 16 dan ia kemudian dibawa ke Asia.
KANDUNGAN STEVIA.
Sejenis daun yang dipanggil stevia yang membiak tumbuh kebanyakkannya melalui keratan batang dan terbukti sebagai alternatif pengganti gula yang memberikan pelbagai khasiat.
  • Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu, boleh membesar setinggi 1 meter.
  • Stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis adalah daripada spesis "rebaudiana".
  • 100% ekstrak semulajadi.
Berkesan apabila larut didalam air dengan hanya masa 1 minit dan penggunaan yang berterusan sehingga dapat merasai khasiat-khasiat yang diberikan.
KELEBIHAN STEVIA.
Satu-satunya alternatif kepada penganti gula dan penjagaan kesihatan badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Melawaskan kencing dan sistem perkumuhan.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membunuh bakteria.
  • Membunuh kulat.
  • Membunuh Virus.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merawat luka terbakar.
  • Mengelakkan masalah diabetes.
Technorati Tags: ,